Jumaat, 14 Disember 2012

PENGGOLONGAN KATA


1. Peribahasa ialah kumpulan data yang tetap susunannya dan mempunyai maksud yang tertentu.
2. Pada umumnya, peribahasa digunakan untuk memberikan pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan dan halus.
3. Peribahasa dalam Bahasa Melayu terdiri daripada:

    a) Simpulan bahasa    
    b) Perumpamaan     
    c) Bidalan    
    d) Pepatah    
    e) Kata-kata hikmat   
    f) Bandingan semacam

SIMPULAN BAHASA
...ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih ayat dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya.

Contoh:

  1. Adu domba - menyebabkan dua belah pihak berkelahi
  2. Air muka - wajah/maruah
  3. Anak buah - anak buah/orang di bawah jagaan ketua
  4. Alim kucing - orang yang berpura-pura baik
  5. Ayam berak kapur - rupa pucat kerana menghidap penyakit
  6. Ada akal - mempunyai idea atau ikhtiar
  7. Alas perut - makan sedikit untuk menghilangkan rasa lapar 
  8. Banyak mulut - orang yang suka bercakap
  9. Buah tangan - hadiah yang dibawa ketika melawat seseorang
  10. Curi tulang - tidak membuat kerja
PERUMPAMAAN
...peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain. Perumpamaan biasanya menggunakan kata 'bagai', 'laksana',
'seperti', dan 'umpama'.

Contoh:

  1. Bagai aur dengan tebing - bekerjasama             
  2. Bagai kacang lupakan kulit -seseorang yang tidak tahu mengenang budi
  3. Bagai bulan dipagarkan bintang - seorang wanita yang cantik
  4. Bagai dihiris dengan sembilu - pedihnya rasa 
  5. Bagai dakwat dengan kertas - tidak boleh berpisah
  6. Bagai cicak makan kapur -mendapat malu atas kesalahan yang dilakukan sendiri                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   
  7. Seperti anjing dengan kucing - selalu bertengkar
  8. Seperti api dlam sekam - perbuatan jahat yang tersebunyi
  9. Seperti talam dua muka - orang yang mengambil kesempatan daripada kedua-dua belah pihak.
  10. Bagai mendukung biawak hidup -menanggung beban yang menyusahkan       




BIDALAN 
...kata-kata yang sering kali disebut dan mengandungi nasihat, peringatan, pengajaran, dan sebagainya.

Contoh:
  1. Ada gula adalah semut - banyak orang berkumpul di sesuatu tempat yang ada peluang rezeki
  2. Air dicincang tidak akan putus - perbalahan antara adik-beradik tidak berpanjangan kerana akan berbaik-baik semula akhirnya.
  3. Alah bisa tegal biasa - pekerjaan yang susah akan menjadi mudah apabila selalu dilakukan 
  4. Bertemu buku denagn ruas - seseorang yang berjumpa dengan lawan yang sama hebat
  5. Biar lambat asal selamat - membuat kerja dengan berhati-hati supaya medapat hasilyang baik
PEPATAH
...peribahasa yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Pepatah seakan-akan sama dengan bidalan.

Contoh:
  1. antah patah lesung hilang - kemalangan yang bertimpa-timpa
  2. bapa borek anak rintik - seseorang anak yang mengikut perangai ibu bapanya
  3. berat sama dipikul ringan sama dijinjing - kerja yang berat menjadi mudah sekiranya dilakukan secara bersama-sama
BANDINGAN ATAU KIASAN
...membuat perbandingan sesuatu perkara dengan sesuatu perkara yang lain. Biasanya menggunakan perkataan macam, bagai, seperti, laksana, bak, danumpama.

Contoh:
  1. adil seperti hakim
  2. bebas sepertiburung
  3. cantik sepertibidadari/bulan
  4. gebu sepertikapas 
  5. harum sepertibunga
  6. kaku seperti mayat
  7. laju seperti kilat/angin
  8. manis seperti gula/madu
  9. nipis seperti kertas/kulit bawang
  10. pahit seperti hempedu
KATA-KATA HIKMAT
...ungkapan yang mempunyaimakna yang dapat memberikan pengajaran, teladan,kesedaran, dan peringatan.

Contoh:
  1. bahasa jiwa bangsa - bahasa merupakan identiti atau lambang sesuatu bangsa
  2. masa itu emas - jangan membazirkan masa dan gunakanlah dengan sebaik-baiknya
  3. badan sihat, otak cerdas - badan yang sihat akan melahirkan akal yang baik
  4. membaca jambatan ilmu - ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan
  5. pandu cermat jiwa selamat - memandu dengan berhati-hati dapat mengelakkan daripada ditimpa kemalangan


          Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

          1. Nenek Sunarti tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah 
          kerana dia _______________.
          A buta hati
          B buta huruf
          C buta kayu
          D buta gaji

          2. Tan Lean Keong tidak mempunyai kakak dan adik. Oleh sebab itu dia dianggap
          ___________________ .
          A anak buah
          B anak emas
          C anak tunggal
          D anak bongsu

          3. Semasa menaiki pesawat ke Kota Kinabalu, adik tidak henti-henti berbual
          kerana adik ___________________.
          A otak cair
          B otak udang
          C mulut murai
          D mulut tempayan

          4. Kunding mengambil sekeping roti berkrim sebagai _______________ sebelum
          pergi ke sekolah.
          A alas perut
          B ikat perut
          C perut busuk
          D perut kosong

          5. Kesemua _______________ Tuan Haji Azhar dan Puan Hajah Azilah sudah
          mendirikan rumah tangga.
          A anak tut
          B anak tiri
          C anak bini
          D anak beranak

          6. Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai
          jamuan mula dihidang.
          A langkah kanan
          B langkah bendul
          C langkah seribu
          D langkah kiri

          7. Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminya
          walaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
          A geli hati
          B makan hati
          C cekal hati
          D isi hati

          8. Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran Jom
          Heboh.
          A harga diri
          B harga mati
          C tanda mata
          D tanda harga

          9. Yoke Lan ________________ sehingga dia tidak menyedari bilik tidurnya telah
          dicerobohi pencuri.
          A pekak badak
          B lepas tangan
          C makan hati
          D tidur mati

          10 Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh para
          penonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
          A banyak mulut
          B berat sebelah
          C angkat kaki
          D lepas tangan

          11 Keadaan Aliff Imran ______________________ menyebabkan dia tidak mahu
          menyertai perlumbaan jalan kaki.
          A bagai cicak makan kapur
          B bagai kumbang putus tali
          C bagai itik pulang petang
          D bagai balak terendam

          12 Siti Norhana dan Nurul Amirah ____________________________ kerana sering bergaduh walaupun perkara itu kecil.
          A bagai ayam disambar helang
          B bagai anjing dengan kucing
          C bagai katak di bawah tempurung
          D bagai melepaskan batuk di tangga

          13 Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________
          kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
          A bagai bulan jatuh ke riba
          B bagai kaca jatuh ke batu
          C bagai duri dalam daging
          D bagai ayam disambar helang

          14 Puan Zainab _________________________ kerana lima ahli keluarganya telah maut dalam kemalangan itu.
          A bagai melepas anjing tersepit
          B bagai dihiris dengan sembilu
          C bagai ayam disambar helang
          D bagai kaca jatuh ke batu

          15 Oii Sik Lee dianggap ________________________ kerana tidak dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
          A seperti lipas kudung
          B seperti ayam berak kapur
          C seperti bulan penuh purnama
          D seperti kera sumbang

          16 Setelah kematian ayah dan ibu, kehidupan Azira dan adik-adiknya
          _________________________________ .
          A bagai mendukung biawak hidup
          B bagai ayam mengeram telur
          C bagai pahat dengan penukul
          D bagai wau putus tali

          17 Encik Badarudin _________________________ setelah menerima panggilan
          ugutan dan pesanan ringkas daripada seorang yang tidak dikenali.
          A bagai mencurah air ke daun keladi
          B bagai menghitung bulu kambing
          C bagai berumah di tepi pantai
          D bagai anjing buruk kepala

          18 Mak Timah hidup susah dan terbiar kerana tidak dipedulikan oleh anak-anak dan
          jiran tetangganya __________________________________ .
          A seperti rumput di tepi jalan
          B seperti tikus jatuh ke beras
          C seperti mendukung biawah hidup
          D seperti sudah jatuh ditimpa tangga

          19 Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok
          seperti __________________________________ .
          A bumi dengan langit
          B aur ditarik songsang
          C pinang dibelah dua
          D ular kena palu

          20 Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telah
          melupakan ibu bapanya di kampung seperti _________________________ .
          A enau dalam belukar
          B kacang lupakan kulit
          C aur dengan tebing
          D dakwat dengan kertas

          21 Salmi Farhana berasa _____________________ kerana gagal memecahkan
          rekod dalam acara lompat tinggi.
          A makan hati
          B iri hati
          C ada hati
          D buah hati

          22 Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________
          ke taman bunga.
          A ambil hati
          B ambil langkah
          C ambil ringan
          D ambil angin

          23 Sarasawaji ______________ dengan kejayaan rakan karibnya dalam
          pertandingan bercerita itu.
          A makan hati
          B jatuh hati
          C iri hati
          D ambil hati

          24 Kejayaan perenang Malik Mydin merentasi Selat Inggeris telah menjadi
          _______________________ rakyat Malaysia.
          A buah tangan
          B buah mulut
          C buah hati
          D buah pena

          25 ___________________ Puan Anita apabila mendapat berita bahawa suaminya
          telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
          A Makan hati
          B Hancur hati
          C Besar hati
          D Jatuh hati

          26 ___________________ budak itu pucat lesi ketika dijumpai terikat di sebuah
          rumah kosong.
          A Air muka
          B Ada hati
          C Ada harapan
          D Air tangan

          27 Perbuatan memberi atau menerima _________________ ketika menjalankan
          tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib.
          A duit hantaran
          B duit pecah
          C duit raya
          D duit kopi

          28 Cikgu Patricia Ang tiba-tiba _________________ apabila beliau mengetahui
          anak muridnya telah meniru semasa ujian dijalankan.
          A ada angin
          B atas angin
          C naik angin
          D khabar angin

          29 Emak menjadi _________________ ketika memilih kain yang beraneka corak dan warna di kedai itu.
          A rambang mata
          B lupa daratan
          C serkap jarang
          D lipas kudung

          30 Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari
          Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu depan.
          A pasang badan
          B pasang telinga
          C ambil berat
          D ambil hati

          31 Kamaruzaman ____________________________ kerana tidak tahu
          menggunakan komputer riba yang baru dibeli oleh ayahnya.
          A seperti mencurah garam ke laut
          B seperti kera mendapat bunga
          C seperti Belanda diberi tanah
          D seperti hujan jatuh ke pasir

          32 Badrul Amin memastikan semua anaknya mendapat didikan ilmu agama yang
          mencukupi kerana baginya _____________________________ .
          A tepuk dada tanya selera
          B segan bertanya sesat jalan
          C harapkan pagar, pagar makan padi
          D melentur buluh biarlah daripada rebungnya

          33 Zamir Azril tidak mengamalkan sikap _________________________ ketika
          mencari rumah rakannya di Kuala Lipis.
          A buang yang keruh ambil yang jernih
          B segan bertanya sesat jalan
          C sambil menyelam minum air
          D bagaimana acuan begitulah kuihnya

          34 Sungguhpun Erra Fazira dan Umi Aida merupakan pasangan artis yang rapat,
          namun ada ketikanya mereka tidak sependapat seperti ___________________.
          A rambut sama hitam, hati lain-lain
          B sambil menyelam minum air
          C ukur baju di badan sendiri
          D tepuk dada tanya selera

          35 Penduduk di Taman Seri Seroja sering melakukan kerja-kerja gotong-royong
          bagai ____________________________________ .
          A cincin dengan permata
          B kucing dengan anjing
          C aur dengan tebing
          D isi dengan kuku

          36 Goh Swei Mooi tidak berputus asa untuk mengulang semula pelajarannya
          kerana dia yakin _________________________________ .
          A lain di mulut lain di hati
          B tepuk dada tanya selera
          C indah khabar daripada rupa
          D belakang parang diasah lagikan tajam

          37 Encik Tarmizi ________________________________ kerana beliau menuruti
          semua arahan dan perintah yang diberikan oleh ketuanya.
          A seperti lembu dicucuk hidung
          B seperti anjing menyalak bukit
          C seperti tikus membaiki labu
          D seperti murai tercabut ekor

          38 Semua teguran dan nasihat yang diberikan Cikgu Halim kepada murid-muridnya
          _________________________________ kerana semua nasihatnya tidak
          mereka endahkan.
          A bagai haruan makan anak
          B bagai kambing dihalau ke air
          C bagai mencurah air ke daun keladi
          D bagai melepaskan batuk di tangga

          39 Para pekerja binaan itu berasa cemas dan bimbang ketika musim hujan kerana
          kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja ____________________.
          A bagai gergaji dua mata
          B bagai pahat dengan penukul
          C bagai kucing kehilangan anak
          D bagai telur di hujung tanduk

          40 Subramaniam seperti _____________________________________ kerana
          banyak peristiwa yang berlaku di sekolah tidak diketahuinya.
          A katak di bawah tempurung
          B ayam disambar helang
          C kera mendapat bunga
          D murai tercabut ekor

          | SELAMAT MENCUBA SEMOGA BERJAYA |

          LAGU KANAK-KANAK


          PEMANDANGAN...